Tuesday 7 April 2015

your face

kau yang muka penyapu,
tidak sedar bicara begitu;
terlalu menyengat pada lidah,
terlalu kasar, tidak petah,
jika cakap tidak tahu selain merapu.

kau yang muka sampah,
jika berlaku salahnya langkah;
tidak tahu maaf meminta,
pula mahu kau bercinta,
sedarlah diri kau akan kena pangkah.

kau yang muka perogol,
otak kecil, bodoh dan dogol;
jika berbuat baik, tak apa juga,
tapi bersalah tanpa diduga,
macam penyakit, air muka ibarat mongol.

kau yang muka jijik,
jika berhadiah pun macamkan sadistik;
usah pinta hati yang lain,
kalau berfantasi bukan main,
kalau kau bunuh diri pun lagikan lojik.

kau yang muka sepatu,
jika berangan kau nombor satu;
usahlah kau mencari,
mengejar pari-pari,
kerana kau sebenarnya adalah aku.